Monday, 4 November 2013

Maal Hijrah - Muharram 1435

Hijrah of Muhammad

In June 622 CE, warned of a plot to assassinate him, Muhammad secretly escaped out of Mecca with Abu Bakr.[4] Muhammad and his followers immigrated to the city of Yathrib, 320 kilometres (200 mi) north of Mecca, in several steps. Yathrib was soon renamed Madinat un-Nabi, literally "the City of the Prophet", but un-Nabi was soon dropped, so its name in English is Medina, meaning "the city".[5] The Muslim year during which the Hijra occurred was designated the first year of the Islamic calendar by Umar in 638 or 17 AH (anno hegirae = "in the year of the hijra").[5] In the following chronology[5] the city will be referred to as Medina, and the region surrounding it as Yathrib.
DayDateNotes
Day 1
Thursday
26 Safar AH 1
(13 June 622)
Left home in Mecca. Hid three days in the Cave of Saur south of Mecca.
Day 9
Monday
1 Rabi' I AH 1
(17 June 622)
Left the environs of Mecca. Traveled north to the region of Yathrib.
Day 16
Monday
12 Rabi' I AH 1
(27 June 622)
Arrived at Quba' near Medina.
Day 20
Friday
16 Rabi' I AH 1
(1st July 622)
First visit to Medina for Friday prayers.
Day 30
Monday
26 Rabi' I AH 1
(11 July 622)
Moved from Quba' to Medina.
NB, Al-Biruni alone is in disagreement with Alvi, Ibn Sa'd, Abu Ja'far and Ibn Hisham on the above dates.[6][7] The hypothetical dates in the retro-calculated Islamic calendar extended back in time will differ from the actual dates as they would have been be on the modern international Gregorian calendar. The Hijra is celebrated annually on 1 Muharram, the first day of the Muslim year, causing many writers to confuse the first day of the year of the Hijra with the Hijra itself, erroneously stating that the Hijra occurred on 1 Muharram AH 1[5] (i.e. 18th April 622) or even the hypothetical Gregorian date from retro-calculating on the Hijri calendar 16 July 622 even though it actually occurred on 12 Rabi' I (i.e. 27th June 622).
Thus it is important to remember that whenever the tabular Islamic calendar invented by Muslim astronomers is extended back in time it changes all these dates by about 88 days or three lunar months as the first day of the year during which the Hijra occurred, 1 Murhamman AH 1, would be mistaken fromMonday 19 April 622 to Friday 16 July 622. The Muslim dates of the Hijra are those recorded in an original lunisolar Arabic calendar that were never converted into the purely lunar calendar to account for the three intercalary months inserted during the next nine years until intercalary months were prohibited during the year of Muhammad's last Hajj (AH 10).

Thursday, 24 October 2013

KELEBIHAN ORANG YANG MEMPELAJARI AL QUR’AN


Daripada Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah; beliau berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Keterangan : Al Qur’an adalah kalam Allah Subhanahu wataala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam untuk menjadi sumber ilmu yang tidak ada keraguan lagi padanya. Al Qur’an diturunkan untuk menjadi pedoman bagi manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Segala undang-undangnya adalah benar, dan sesuai dalam mengatur urusan kehidupan manusia sepanjang zaman. Al Qur’an ialah kitab yang penuh dengan hikmah dan pengajaran, yang telah dijanjikan oleh Allah  Subhanahu wataala bahawa ia akan dipelihara daripada diubah, ditambah atau dikurang.

Oleh itu, segala sesuatu yang berkaitan dengan al Qur’an akan menjadi mulia dan berharga. Mulai daripada membacanya, menghafalnya, mendalami isi dan kandungannya, mengajarkannya kepada orang lain dan sebagainya. Sesiapa yang belajar atau mengajar al Qur’an bererti dia telah melaksanakan sesuatu tugas yang sangat mulia dan sangat tinggi darjatnya serta sangat banyak pahala di sisi Allah  Subhanahu wataala.

(Sumber: 40 Hadis kelebihan ilmu dan ulama, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)

Thursday, 10 October 2013

Kasih Ibu sampai Syurga....


ALLAH SWT telah menempatkan darjat dan kedudukan ibu melebihi dari kedudukan ayah dalam hubungan keluarga. Dalam konteks ini tidak ada hubungannya dengan pengertian demokrasi, melainkan hubungan rapat dengan moral yang membina karakter yang terpuji.

Justeru, tiada seorang atau sesuatu kekuasaan pun di dunia ini yang dapat menggugat kelebihan kedudukan ibu dalam hubungan keluarga. Apakah sebab ALLAH Taala memberikan kedudukan yang melebihi ibu dalam hubungan keluarga ini?

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Ibunya telah mengandung dia (anak) dengan susah payah dan melahirkan dia dengan susah payah pula.” (Surah al-Ahqaf : 15). Oleh itu susahnya ibu mengandung dan melahirkan anaknya, maka Islam memberikan sebesar-besar hak dan tanggungjawab atas anaknya dalam pengertian berbakti kepada ibunya.

Diriwayatkan, seorang pemuda Arab cuba membalas kebaikan ibunya sebagaimana caranya dia menggendong ibunya dari Yaman sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji.

Setelah berjaya melakukannya, pemuda itu pergi menemui Ibnu Masud, seorang sahabat Nabi SAW dan ulama. Dia pun menceritakan segala apa yang telah dilakukannya terhadap ibunya.

Kemudian dia bertanya kepada Ibnu Masud : “Adakah saya telah berhasil membalas kebaikan (jasa) ibu saya?” Ibnu Masud menjawab : “Belum, bahkan apa yang engkau lakukan itu belum sebanding dengan tiga titik air susu yang diberikan oleh ibumu kepadamu.”

Ibu yang telah mengandung dan melahirkan kita dengan mempertaruhkan nyawanya. Ibu yang telah memelihara dan membesarkan kita menjadi manusia. Jasa ibu tidak terbalaskan. Memperingati Hari Ibu bukan sekadar memperingatinya, tetapi kita jadikan Hari Ibu untuk mulai lebih mencintai orang tua kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda ketika ditanya seorang sahabat : “Siapakah yang harus kita cintai setelah ALLAH dan Rasul-Nya?” Nabi SAW menjawab : “Ibumu.” Sahabat itu bertanya lagi : “Selepas itu siapa?” “Ibumu,” jawab Nabi. “Kemudian siapa lagi?” tanya sahabat. “Ibumu,” kata Nabi. “Kemudian siapa lagi?” tanya sahabat lagi. “Ayahmu,” kata Nabi. (Riwayat Bukhari).

Oleh itu betapa pentingnya kita mencintai ibu kita, tiga kali ganda lebih sayang daripada ayah kita. Bukan bererti kita kurang sayang kepada ayah. Mengapa demikian? Hal itu kerana beberapa faktor antara lain ialah: Ibu yang telah bersusah payah mengandung kita selama 9 bulan, tidak boleh makan kerana mual, tidak tidur secara nyaman, menahan rasa sakit, mempertaruhkan nyawanya ketika proses kelahiran, kadang-kadang ada ibu yang bersedia perutnya dibedah demi kelahiran anaknya yang tidak boleh lahir secara normal, dan ada ibu yang rela mati demi melahirkan anaknya.

Hadis Muawiyah bin Jahimah, bahawa beliau datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, saya hendak berperang, kini saya datang untuk meminta pendapat engkau.” Rasulullah menjawab: “Adakah engkau mempunyai ibumu?” Jawabnya : “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbuat baiklah kepadanya. Sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Adapun maksud “Syurga di bawah kaki ibu” adalah bahawa tawaduk (rendah hati) kepada seseorang ibu merupakan sebab masuknya seseorang ke syurga.” Demikian dikatakan oleh az-Zarkasyi dan as-Sakhawi.

Bagaimana pula jika anaknya beragama Islam dan ibunya beragama Kristian? Kewajipan anak untuk berbuat baik kepada ibunya, tidaklah dibatasi oleh berlainan agama. Tidaklah dibenarkan oleh Islam untuk mengurangi perbuatan baik terhadap ibunya.

Bersabda Rasulullah SAW: “Telah berkata Siti Asma’ binti Abu Bakar pada Rasulullah: “Ibu saya penyembah berhala, datang kepada saya minta pertolongan. Bolehkah saya menolongnya?” Jawab Rasulullah: “Jangan engkau putuskan hubungan dengan ibumu.” (Riwayat Bukhari).

Akhirnya kita berdoa kepada ALLAH agar menjadikan kita anak yang berbakti kepada orang tua kita, khususnya ibu.

Hormati dan Sayangi IBU anda...

Inspirasi Untuk Berjaya..



Di sini kami ingin berkongsi satu video inspirasi kejayaan di dunia. Nasihat kami kalau ingin berjaya di dunia perlu rasa diri berjaya di akhirat dulu. Jika kita kejar dunia kita akan dapat dunia sahaja AKAN tetapi jika kita kejar akhirat kita akan dapat akhirat dan juga dunia. Jadi berusahalah untuk mengejar Akhirat agar kita dapat Dunia Sekali..Peringatan untuk kami di Bekam2Home.

Wednesday, 9 October 2013

Kelebihan Garam & Cara Penggunaannya


Kita Disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh
kena drh tinggi (Ini protokol yahudi)

Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak
secubit grm di lidah utk elak santau dan tapis mknn
yg akn di mkn... Sampai di tempat baru...nabi ambik
grm dlu utk sesuaikan hormon tbh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur
garam terutama sihir dan santau...knp?

Allah dh cipta grm adalah penarik toksid/asid/racun
dlm darah atau tubuh dan jga penarik unsur2
negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam utk
bersih rumh atau pagar umh perlu tabur grm di
sekeliling umah. Grm jga unsur yg blh balance balik
sistem tubuh kita...ini sunnah kita...

Tp grm blh jd rosak apabila dimasak atau
bertindakbls dgn suhu tinggi/pns.mksdnya klu nk
msk... Guna grm bukit dan jgn bubuh grm ms mknn
gelegak ats dapur.tutup api dan biar suhu turun
dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh grm atas
darat mcm org arab buat... Bubuh grm masa nak
mkn.

Sbb?grm ada sodium dan potassium... Tubuh perlu
potassium lbh..klu pns grm hnya tinggal
sodium.potassium rosak dlm suhu panas.sbb tu kena
darah tinggi.
Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada
mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW
mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking
kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn
mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Wallahu'alam.

Rawatan dalam Perubatan Islam

Di dalam setiap Terapi yang melibatkan penyakit adalah memerlukan Diagnos. Dan etika Diagnos adalah :

1) Ketelitian
2) Prihatin
3) Sihat (Ahli Terapi)
4) Elakkan Dakwaan di luar hal semasa

Hasil daripada Diagnos akan mendorong kepada Terapi, dan aturan Terapi merangkumi :

1) Pengawalan
2) Perawatan
3) Pencegahan

Penentuan dosage atau sukatan bagi Terapi yang melibatkan udkhul(memasukkan - oral) ataupun kharij (mengeluarkan - non oral ), adalah dinilai melalui :

1) Punca penyakit

2) Tempoh masa penyakit menghidap tubuh

3) Kekerapan komplikasi atau serangan sakit berlaku dalam tempoh masa sehari, dalam seminggu, dalam sebulan dan dalam setahun.

Proses-proses ini dinamakan proses Terapi Islam, tidak kira untuk penyakit mistik atau realistik, misteri atau realiti, zahir atau batin, dan jasmani atau rohani.

Dan inilah PERUBATAN ISLAM yang sebenar.

Perubatan dari Perspektif Islam.


Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

Apabila menyebut perubatan dalam Islam atau Perubatan dari perspektif Islam, kita merujuk kepada istilah atau makna Islam itu sendiri yang bermaksud sejahtera atau selamat. Selamat dan sejahtera ini merujuk kepada zahir dan batin, jasmani dan rohani, fizikal dan mental, kesemua aspek ini memainkan peranan penting dalam ibadat seorang hamba kepada Penciptanya.

Di dalam perubatan, sudah semestinya adanya yang disebut sebagai penyakit yang perlu diikhtiarkan untuk sembuh, adanya Doktor dan adanya pesakit.

Tetapi apabila menurut perspektif Islam, ianya mengaitkan ALLAH sebagai Penyembuh yang Mutlak, RasulULLAHi SallALLAHu ALaihi Wasallam sebagai sebaik-baik doktor, dan Zikir (ingat kepada ALLAH) sebagai seindah-indah ubat seperti mana yang telah difirmankan ALLAH di dalam Al Baqarah ayat 152 :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Manakala, penyakit sebagai sebenar-benar peringatan atau teguran dari ALLAH.
Kerana perubatan yang menurut Islam adalah perubatan yang menekankan bab Aqidah yang sebenar kepada ALLAH, seterusnya disusuli dengan ikhtiar yang tiadanya unsur syirik dan engkar akan syariat ALLAH besertakan dengan ikhtiar yang tiada mendatangkan kemudaratan kepada diri ataupun orang lain kemudian diakhiri dengan tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha sebaiknya, inilah secara ringkasnya yang disebut Perubatan dalam Islam atau Perubatan menurut perspektif Islam.

Penyakit adalah sesuatu yang melanda umat dari sejak dahulu lagi, dan dari situ pelbagai cara digunakan untuk ikhtiar bagi memulihkan penyakit tersebut, sehinggalah pada zaman Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat, bidang perubatan antara bidang yang utama dalam memperkenalkan Islam kepada mata masyarakat semasa itu, ini berikutan dengan hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan Sahabat RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para Sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka Sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam, beliau pun pulang menemui Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah (SallALLAHu Alaihi Wasallam)! Demi ALLAH, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan Aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

Daripada peristiwa ini kita mengenalpasti akan peranan perubatan di dalam menyebarkan Islam secara tidak langsung, atas kerana Al Quran menjadi dustur atau perlembagaan kepada mana-mana institusi-institusi Jemaah Muslimin.

Mutaakhir ini pusat-pusat rawatan Islam telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan, terlalu banyak dan meluas. Ini adalah suatu fenomena yang baik, bahkan ianya sebagai satu cara menutup ruang bagi sebarang kumpulan atau pengamal aktiviti syirik dan khurafat daripada berleluasa.

Namun begitu, oleh kerana kepesatan ini, masyarakat mula memandang bahawa perubatan Islam atau perubatan dalam islam adalah usaha merawat masalah rohani semata-mata, seperti gangguan jin, histeria, sihir dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya sehingga mengecilkan aspek serta fungsi perubatan dalam Islam.

Adakah itu bermaksud bahawa perubatan Islam hanya sekadar itu sahaja? Dan perubatan moden bukanlah dari perubatan Islam? Adakah begitu kiraannya? Jika begitulah kiraannya, maka ternyata ianya salah. Kerana dari Hadith yang telah diletakkan di atas menunjukkan perubatan di dalam Islam bukan tertumpu pada sudut hal-hal ghaibiyyah semata-mata malahan merangkumi masalah zahiriah juga.

Akibat dari fenomena ini, makanya, masyarakat meletakkan perubatan Islam sebagai pilihan kedua dalam berikhtiar, yang padahalnya perlembagaan atau pegangan di dalam perubatan Islam adalah Al Quran dan Sunnah, hasil dari mutholaah Ulama-ulama terdahulu.

Jika kita kaji akan perkembangan perubatan Islam ini, Islam telah melahirkan ramai cendiakiawan yang menggegar dunia khususnya dalam dunia perubatan. Al Biruni, Ar Razi, Az Zahrawi, Ibnu Sina, Al Baythor dan ramai lagi, antara nama yang telah menggegar dunia eropah dan Yunani dengan kemampuan mereka ini dalam mengolah penyakit kepada kesembuhan.

Apabila zaman kemasyhuran Islam runtuh disebabkan factor-faktor dalaman dan faktor-faktor lain, bidang yang sepatutnya dipelopori oleh umat Islam telah dimanipulasi oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam dengan menyebarkan dakyah serta kepalsuan maklumat kepada orang Islam khususnya supaya Islam dipandang mundur serta kolot.

Haruslah kita fahami bahawa RasulULLAHi SallALAHu Alaihi Wasallam bukanlah seorang doktor atau tobib yang terkemuka pada zaman Baginda (SallALLAHu ALaihi Wasallam) bahkan pada zaman tersebut salah seorang sahabat iaitu 'Umaroh bin Hazm menjadi Tobib yang terkenal dan menggunakan landasan-landasan dalam Islam yang telah dibawa serta diajarkan oleh RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam kepada beliau, jadi dengan ertikata lain, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah Bapa kepada Ilmu Perubatan dalam Islam.

Dari sini, secara jelas perlu difahami, perubatan dalam perspektif Islam adalah bertujuan menghindari kesyirikan sebagai objektif utama, dan ikhtiar menurut syariat Islam adalah objektif kedua, manakala mengelakkan mudarat pada zahir dan batin adalah objektif ketiga. Andai ketiga-tiga hal ini tidak difahami dan tidak diamalkan sebaiknya maka perubatan tersebut tidak dipanggil sebagai perubatan menurut Islam.
Perubatan yang disarankan dalam Islam adalah menjurus kepada konsep tawakkal iaitu penyerahan selepas usaha, berikutan dengan firman ALLAH Azza Wajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 153 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُ واْ اسْتَعِينُ واْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) Solat; kerana Sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar"

Gambaran yang ALLAH ingin nyatakan pada mereka yang beriman, iaitu percaya akan wujudnya ALLAH, paling utama adalah meletakkan wujudnya ALLAH sebagai ROBB walau apa jua pekerjaan atau permasalahan, dan ALLAH menyeru agar mereka berusaha dalam memohon pertolonganNYA. Hal ini jugalah yang menjadi pegangan dalam Perubatan menurut Islam.

Kerana, jika diperhatikan masyarakat hari ini, apabila sakit akan seboleh-bolehnya meletakkan segunung harapan kepada perawat yang merawat mereka, sehinggakan berlakulah perkara-perkara yang kesudahannya memburukkan institusi-institusi perubatan Islam lain, kes rogol, penipuan dan sebagainya.

Malahan, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Islam sebagai mempromosikan pusat mereka, yang padahal mereka masih kekal menggunakan kaedah atau pendekatan yang menjauhkan masyarakat dari mentauhidkan ALLAH. Maka, secara asasnya, mereka ini telah jauh terpesong dari yang dikatakan sebagai perubatan menurut Islam.

Secara mudah untuk difahami, Perubatan menurut perspektif Islam, adalah suatu ikhtiar bagi masalah atau penyakit, yang dari ikhtiar itu akan mendekatkan lagi pesakit atau perawat sendiri kepada ALLAH Jalla Waala.

Andai ianya menjadikan seseorang itu semakin jauh dari ALLAH, malahan mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, maka secara jelas, ianya bukan perubatan seperti yang dikehendaki dan dituntut Islam, malahan dicela di dalam Islam.

Untuk meraikan perubatan yang sebenar-benar menurut Islam, setiap yang bergelar Muslim perlu terlebih dahulu mengenal akan ALLAH, Tuhan Pentadbir sekalian Alam, akibat dari tidak kenal akan ALLAH, maka segelintir perawat ataupun pesakit sewenang-wenangnya mencari jalan yang selagi ada boleh menyembuhkan penyakitnya tanpa mengambil kira sudut aqidah terlebih dahulu.

Kerana, penyakit itu datang dari Kudrat dan Iradat ALLAH, kesembuhan jua dari Kudrat dan Iradat ALLAH. Sebenar-benar sakit adalah apabila di azab di neraka ALLAH kelak kerana mencari jalan mudah untuk sembuh di dunia tanpa mengendahkan larangan ALLAH dan sebenar-benar sembuh itu adalah apabila merasai nikmat di dalam syurga ALLAH kerana bersabar dan berusaha untuk sembuh di dunia serta redha dengan ketentuan dari ALLAH setelah berusaha, dan apatah lagi boleh bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat RidwanULLAH Alahim Ajmain serta para kekasih ALLAH yang lain, dan teramatlah sembuh apabila dapat melihat Zat ALLAH Azza Wajalla di dalam syurgaNYA kelak.

Mereka yang inginkan rahmat dan redha ALLAH dalam setiap perbuatan serta amal dunia jua akhirat, perlulah menyertakan ALLAH bersama perbuatan serta amal mereka. (Al Quran)

Mereka yang dambakan syafaat dan ziamah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam di dunia jua akhirat, perlulah membawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam pada setiap keadaan dan ketika. (Sunnah)

Paling utama, ilmu perubatan antara ilmu yang perlu dituntut, dan ianya tidak boleh dipandang ringan.

(Coretan insan dhoif lagi lemah Al Faqir IlALLAH Wan Asrul Al Aydrus)