Tuesday, 17 September 2013

Konsep Berbekam Merupakan Terapi



Like FB Page:Bekam2Home

Secara amnya juga, ramai yang mendakwa, darah yang keluar dari sedutan bekam adalah Darah Kotor. Perlulah jelas, sebagai tukang bekam apatah lagi bergelar ahli bekam, perkara paling penting adalah mengenali masalah darah.

Darah kotor yang selama ini diperkatakan itu, adalah istilah yang amat tidak sesuai digunakan dalam Terapi Bekam, darah kotor membawa maksud darah yang mempunyai kuman yang boleh berjangkit, boleh menular dan tidak boleh disentuh. Berlainan keadaannya istilah darah kotor sesuai digunakan jika tukang bekam membekam seorang pesakit HIV atau AIDS, itu jelas, darah dari tubuh pesakit tersebut adalah darah kotor.

Maka, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Darah Yang Bermasalah atau Darah Stasis atau Stagnasi Darah.

Persoalannya bolehkah bekam merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan? Jawapan secara ringkasnya, tidak boleh, jika hanya bekam sahaja ikhtiarnya. Pernyataan yang paling sesuai adalah : Bekam merupakan salah satu terapi yang MEMBANTU proses-proses kesembuhan (perawatan) dan MENCEGAH (pencegahan) risiko-risiko untuk penyakit samada jasmani atau rohani. (Bukan untuk Mengeluarkan atau menyembuhkan penyakit)

Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmiah amat perlu disampaikan kepada mereka yang kurang jelas atau tidak tahu akan perihal bekam ini, supaya kesalahfahaman tidak terus menerus berlaku dan masyarakat lebih mencintai Sunnah dalam Perubatan ini. 


Copyright dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

Bersama Memartabatkan Amalan Sunnah
Bekam Terus Ke Rumah Anda
SMS/WHATSAPP:0129605048

No comments:

Post a Comment