Thursday, 24 October 2013

KELEBIHAN ORANG YANG MEMPELAJARI AL QUR’AN


Daripada Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah; beliau berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Keterangan : Al Qur’an adalah kalam Allah Subhanahu wataala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam untuk menjadi sumber ilmu yang tidak ada keraguan lagi padanya. Al Qur’an diturunkan untuk menjadi pedoman bagi manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Segala undang-undangnya adalah benar, dan sesuai dalam mengatur urusan kehidupan manusia sepanjang zaman. Al Qur’an ialah kitab yang penuh dengan hikmah dan pengajaran, yang telah dijanjikan oleh Allah  Subhanahu wataala bahawa ia akan dipelihara daripada diubah, ditambah atau dikurang.

Oleh itu, segala sesuatu yang berkaitan dengan al Qur’an akan menjadi mulia dan berharga. Mulai daripada membacanya, menghafalnya, mendalami isi dan kandungannya, mengajarkannya kepada orang lain dan sebagainya. Sesiapa yang belajar atau mengajar al Qur’an bererti dia telah melaksanakan sesuatu tugas yang sangat mulia dan sangat tinggi darjatnya serta sangat banyak pahala di sisi Allah  Subhanahu wataala.

(Sumber: 40 Hadis kelebihan ilmu dan ulama, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)

Thursday, 10 October 2013

Kasih Ibu sampai Syurga....


ALLAH SWT telah menempatkan darjat dan kedudukan ibu melebihi dari kedudukan ayah dalam hubungan keluarga. Dalam konteks ini tidak ada hubungannya dengan pengertian demokrasi, melainkan hubungan rapat dengan moral yang membina karakter yang terpuji.

Justeru, tiada seorang atau sesuatu kekuasaan pun di dunia ini yang dapat menggugat kelebihan kedudukan ibu dalam hubungan keluarga. Apakah sebab ALLAH Taala memberikan kedudukan yang melebihi ibu dalam hubungan keluarga ini?

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Ibunya telah mengandung dia (anak) dengan susah payah dan melahirkan dia dengan susah payah pula.” (Surah al-Ahqaf : 15). Oleh itu susahnya ibu mengandung dan melahirkan anaknya, maka Islam memberikan sebesar-besar hak dan tanggungjawab atas anaknya dalam pengertian berbakti kepada ibunya.

Diriwayatkan, seorang pemuda Arab cuba membalas kebaikan ibunya sebagaimana caranya dia menggendong ibunya dari Yaman sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji.

Setelah berjaya melakukannya, pemuda itu pergi menemui Ibnu Masud, seorang sahabat Nabi SAW dan ulama. Dia pun menceritakan segala apa yang telah dilakukannya terhadap ibunya.

Kemudian dia bertanya kepada Ibnu Masud : “Adakah saya telah berhasil membalas kebaikan (jasa) ibu saya?” Ibnu Masud menjawab : “Belum, bahkan apa yang engkau lakukan itu belum sebanding dengan tiga titik air susu yang diberikan oleh ibumu kepadamu.”

Ibu yang telah mengandung dan melahirkan kita dengan mempertaruhkan nyawanya. Ibu yang telah memelihara dan membesarkan kita menjadi manusia. Jasa ibu tidak terbalaskan. Memperingati Hari Ibu bukan sekadar memperingatinya, tetapi kita jadikan Hari Ibu untuk mulai lebih mencintai orang tua kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda ketika ditanya seorang sahabat : “Siapakah yang harus kita cintai setelah ALLAH dan Rasul-Nya?” Nabi SAW menjawab : “Ibumu.” Sahabat itu bertanya lagi : “Selepas itu siapa?” “Ibumu,” jawab Nabi. “Kemudian siapa lagi?” tanya sahabat. “Ibumu,” kata Nabi. “Kemudian siapa lagi?” tanya sahabat lagi. “Ayahmu,” kata Nabi. (Riwayat Bukhari).

Oleh itu betapa pentingnya kita mencintai ibu kita, tiga kali ganda lebih sayang daripada ayah kita. Bukan bererti kita kurang sayang kepada ayah. Mengapa demikian? Hal itu kerana beberapa faktor antara lain ialah: Ibu yang telah bersusah payah mengandung kita selama 9 bulan, tidak boleh makan kerana mual, tidak tidur secara nyaman, menahan rasa sakit, mempertaruhkan nyawanya ketika proses kelahiran, kadang-kadang ada ibu yang bersedia perutnya dibedah demi kelahiran anaknya yang tidak boleh lahir secara normal, dan ada ibu yang rela mati demi melahirkan anaknya.

Hadis Muawiyah bin Jahimah, bahawa beliau datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, saya hendak berperang, kini saya datang untuk meminta pendapat engkau.” Rasulullah menjawab: “Adakah engkau mempunyai ibumu?” Jawabnya : “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbuat baiklah kepadanya. Sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Adapun maksud “Syurga di bawah kaki ibu” adalah bahawa tawaduk (rendah hati) kepada seseorang ibu merupakan sebab masuknya seseorang ke syurga.” Demikian dikatakan oleh az-Zarkasyi dan as-Sakhawi.

Bagaimana pula jika anaknya beragama Islam dan ibunya beragama Kristian? Kewajipan anak untuk berbuat baik kepada ibunya, tidaklah dibatasi oleh berlainan agama. Tidaklah dibenarkan oleh Islam untuk mengurangi perbuatan baik terhadap ibunya.

Bersabda Rasulullah SAW: “Telah berkata Siti Asma’ binti Abu Bakar pada Rasulullah: “Ibu saya penyembah berhala, datang kepada saya minta pertolongan. Bolehkah saya menolongnya?” Jawab Rasulullah: “Jangan engkau putuskan hubungan dengan ibumu.” (Riwayat Bukhari).

Akhirnya kita berdoa kepada ALLAH agar menjadikan kita anak yang berbakti kepada orang tua kita, khususnya ibu.

Hormati dan Sayangi IBU anda...

Inspirasi Untuk Berjaya..



Di sini kami ingin berkongsi satu video inspirasi kejayaan di dunia. Nasihat kami kalau ingin berjaya di dunia perlu rasa diri berjaya di akhirat dulu. Jika kita kejar dunia kita akan dapat dunia sahaja AKAN tetapi jika kita kejar akhirat kita akan dapat akhirat dan juga dunia. Jadi berusahalah untuk mengejar Akhirat agar kita dapat Dunia Sekali..Peringatan untuk kami di Bekam2Home.

Wednesday, 9 October 2013

Kelebihan Garam & Cara Penggunaannya


Kita Disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh
kena drh tinggi (Ini protokol yahudi)

Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak
secubit grm di lidah utk elak santau dan tapis mknn
yg akn di mkn... Sampai di tempat baru...nabi ambik
grm dlu utk sesuaikan hormon tbh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur
garam terutama sihir dan santau...knp?

Allah dh cipta grm adalah penarik toksid/asid/racun
dlm darah atau tubuh dan jga penarik unsur2
negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam utk
bersih rumh atau pagar umh perlu tabur grm di
sekeliling umah. Grm jga unsur yg blh balance balik
sistem tubuh kita...ini sunnah kita...

Tp grm blh jd rosak apabila dimasak atau
bertindakbls dgn suhu tinggi/pns.mksdnya klu nk
msk... Guna grm bukit dan jgn bubuh grm ms mknn
gelegak ats dapur.tutup api dan biar suhu turun
dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh grm atas
darat mcm org arab buat... Bubuh grm masa nak
mkn.

Sbb?grm ada sodium dan potassium... Tubuh perlu
potassium lbh..klu pns grm hnya tinggal
sodium.potassium rosak dlm suhu panas.sbb tu kena
darah tinggi.
Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada
mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW
mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking
kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn
mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Wallahu'alam.

Rawatan dalam Perubatan Islam

Di dalam setiap Terapi yang melibatkan penyakit adalah memerlukan Diagnos. Dan etika Diagnos adalah :

1) Ketelitian
2) Prihatin
3) Sihat (Ahli Terapi)
4) Elakkan Dakwaan di luar hal semasa

Hasil daripada Diagnos akan mendorong kepada Terapi, dan aturan Terapi merangkumi :

1) Pengawalan
2) Perawatan
3) Pencegahan

Penentuan dosage atau sukatan bagi Terapi yang melibatkan udkhul(memasukkan - oral) ataupun kharij (mengeluarkan - non oral ), adalah dinilai melalui :

1) Punca penyakit

2) Tempoh masa penyakit menghidap tubuh

3) Kekerapan komplikasi atau serangan sakit berlaku dalam tempoh masa sehari, dalam seminggu, dalam sebulan dan dalam setahun.

Proses-proses ini dinamakan proses Terapi Islam, tidak kira untuk penyakit mistik atau realistik, misteri atau realiti, zahir atau batin, dan jasmani atau rohani.

Dan inilah PERUBATAN ISLAM yang sebenar.

Perubatan dari Perspektif Islam.


Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

Apabila menyebut perubatan dalam Islam atau Perubatan dari perspektif Islam, kita merujuk kepada istilah atau makna Islam itu sendiri yang bermaksud sejahtera atau selamat. Selamat dan sejahtera ini merujuk kepada zahir dan batin, jasmani dan rohani, fizikal dan mental, kesemua aspek ini memainkan peranan penting dalam ibadat seorang hamba kepada Penciptanya.

Di dalam perubatan, sudah semestinya adanya yang disebut sebagai penyakit yang perlu diikhtiarkan untuk sembuh, adanya Doktor dan adanya pesakit.

Tetapi apabila menurut perspektif Islam, ianya mengaitkan ALLAH sebagai Penyembuh yang Mutlak, RasulULLAHi SallALLAHu ALaihi Wasallam sebagai sebaik-baik doktor, dan Zikir (ingat kepada ALLAH) sebagai seindah-indah ubat seperti mana yang telah difirmankan ALLAH di dalam Al Baqarah ayat 152 :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Manakala, penyakit sebagai sebenar-benar peringatan atau teguran dari ALLAH.
Kerana perubatan yang menurut Islam adalah perubatan yang menekankan bab Aqidah yang sebenar kepada ALLAH, seterusnya disusuli dengan ikhtiar yang tiadanya unsur syirik dan engkar akan syariat ALLAH besertakan dengan ikhtiar yang tiada mendatangkan kemudaratan kepada diri ataupun orang lain kemudian diakhiri dengan tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha sebaiknya, inilah secara ringkasnya yang disebut Perubatan dalam Islam atau Perubatan menurut perspektif Islam.

Penyakit adalah sesuatu yang melanda umat dari sejak dahulu lagi, dan dari situ pelbagai cara digunakan untuk ikhtiar bagi memulihkan penyakit tersebut, sehinggalah pada zaman Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat, bidang perubatan antara bidang yang utama dalam memperkenalkan Islam kepada mata masyarakat semasa itu, ini berikutan dengan hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan Sahabat RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para Sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka Sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam, beliau pun pulang menemui Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah (SallALLAHu Alaihi Wasallam)! Demi ALLAH, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan Aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

Daripada peristiwa ini kita mengenalpasti akan peranan perubatan di dalam menyebarkan Islam secara tidak langsung, atas kerana Al Quran menjadi dustur atau perlembagaan kepada mana-mana institusi-institusi Jemaah Muslimin.

Mutaakhir ini pusat-pusat rawatan Islam telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan, terlalu banyak dan meluas. Ini adalah suatu fenomena yang baik, bahkan ianya sebagai satu cara menutup ruang bagi sebarang kumpulan atau pengamal aktiviti syirik dan khurafat daripada berleluasa.

Namun begitu, oleh kerana kepesatan ini, masyarakat mula memandang bahawa perubatan Islam atau perubatan dalam islam adalah usaha merawat masalah rohani semata-mata, seperti gangguan jin, histeria, sihir dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya sehingga mengecilkan aspek serta fungsi perubatan dalam Islam.

Adakah itu bermaksud bahawa perubatan Islam hanya sekadar itu sahaja? Dan perubatan moden bukanlah dari perubatan Islam? Adakah begitu kiraannya? Jika begitulah kiraannya, maka ternyata ianya salah. Kerana dari Hadith yang telah diletakkan di atas menunjukkan perubatan di dalam Islam bukan tertumpu pada sudut hal-hal ghaibiyyah semata-mata malahan merangkumi masalah zahiriah juga.

Akibat dari fenomena ini, makanya, masyarakat meletakkan perubatan Islam sebagai pilihan kedua dalam berikhtiar, yang padahalnya perlembagaan atau pegangan di dalam perubatan Islam adalah Al Quran dan Sunnah, hasil dari mutholaah Ulama-ulama terdahulu.

Jika kita kaji akan perkembangan perubatan Islam ini, Islam telah melahirkan ramai cendiakiawan yang menggegar dunia khususnya dalam dunia perubatan. Al Biruni, Ar Razi, Az Zahrawi, Ibnu Sina, Al Baythor dan ramai lagi, antara nama yang telah menggegar dunia eropah dan Yunani dengan kemampuan mereka ini dalam mengolah penyakit kepada kesembuhan.

Apabila zaman kemasyhuran Islam runtuh disebabkan factor-faktor dalaman dan faktor-faktor lain, bidang yang sepatutnya dipelopori oleh umat Islam telah dimanipulasi oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam dengan menyebarkan dakyah serta kepalsuan maklumat kepada orang Islam khususnya supaya Islam dipandang mundur serta kolot.

Haruslah kita fahami bahawa RasulULLAHi SallALAHu Alaihi Wasallam bukanlah seorang doktor atau tobib yang terkemuka pada zaman Baginda (SallALLAHu ALaihi Wasallam) bahkan pada zaman tersebut salah seorang sahabat iaitu 'Umaroh bin Hazm menjadi Tobib yang terkenal dan menggunakan landasan-landasan dalam Islam yang telah dibawa serta diajarkan oleh RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam kepada beliau, jadi dengan ertikata lain, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah Bapa kepada Ilmu Perubatan dalam Islam.

Dari sini, secara jelas perlu difahami, perubatan dalam perspektif Islam adalah bertujuan menghindari kesyirikan sebagai objektif utama, dan ikhtiar menurut syariat Islam adalah objektif kedua, manakala mengelakkan mudarat pada zahir dan batin adalah objektif ketiga. Andai ketiga-tiga hal ini tidak difahami dan tidak diamalkan sebaiknya maka perubatan tersebut tidak dipanggil sebagai perubatan menurut Islam.
Perubatan yang disarankan dalam Islam adalah menjurus kepada konsep tawakkal iaitu penyerahan selepas usaha, berikutan dengan firman ALLAH Azza Wajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 153 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُ واْ اسْتَعِينُ واْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) Solat; kerana Sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar"

Gambaran yang ALLAH ingin nyatakan pada mereka yang beriman, iaitu percaya akan wujudnya ALLAH, paling utama adalah meletakkan wujudnya ALLAH sebagai ROBB walau apa jua pekerjaan atau permasalahan, dan ALLAH menyeru agar mereka berusaha dalam memohon pertolonganNYA. Hal ini jugalah yang menjadi pegangan dalam Perubatan menurut Islam.

Kerana, jika diperhatikan masyarakat hari ini, apabila sakit akan seboleh-bolehnya meletakkan segunung harapan kepada perawat yang merawat mereka, sehinggakan berlakulah perkara-perkara yang kesudahannya memburukkan institusi-institusi perubatan Islam lain, kes rogol, penipuan dan sebagainya.

Malahan, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Islam sebagai mempromosikan pusat mereka, yang padahal mereka masih kekal menggunakan kaedah atau pendekatan yang menjauhkan masyarakat dari mentauhidkan ALLAH. Maka, secara asasnya, mereka ini telah jauh terpesong dari yang dikatakan sebagai perubatan menurut Islam.

Secara mudah untuk difahami, Perubatan menurut perspektif Islam, adalah suatu ikhtiar bagi masalah atau penyakit, yang dari ikhtiar itu akan mendekatkan lagi pesakit atau perawat sendiri kepada ALLAH Jalla Waala.

Andai ianya menjadikan seseorang itu semakin jauh dari ALLAH, malahan mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, maka secara jelas, ianya bukan perubatan seperti yang dikehendaki dan dituntut Islam, malahan dicela di dalam Islam.

Untuk meraikan perubatan yang sebenar-benar menurut Islam, setiap yang bergelar Muslim perlu terlebih dahulu mengenal akan ALLAH, Tuhan Pentadbir sekalian Alam, akibat dari tidak kenal akan ALLAH, maka segelintir perawat ataupun pesakit sewenang-wenangnya mencari jalan yang selagi ada boleh menyembuhkan penyakitnya tanpa mengambil kira sudut aqidah terlebih dahulu.

Kerana, penyakit itu datang dari Kudrat dan Iradat ALLAH, kesembuhan jua dari Kudrat dan Iradat ALLAH. Sebenar-benar sakit adalah apabila di azab di neraka ALLAH kelak kerana mencari jalan mudah untuk sembuh di dunia tanpa mengendahkan larangan ALLAH dan sebenar-benar sembuh itu adalah apabila merasai nikmat di dalam syurga ALLAH kerana bersabar dan berusaha untuk sembuh di dunia serta redha dengan ketentuan dari ALLAH setelah berusaha, dan apatah lagi boleh bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat RidwanULLAH Alahim Ajmain serta para kekasih ALLAH yang lain, dan teramatlah sembuh apabila dapat melihat Zat ALLAH Azza Wajalla di dalam syurgaNYA kelak.

Mereka yang inginkan rahmat dan redha ALLAH dalam setiap perbuatan serta amal dunia jua akhirat, perlulah menyertakan ALLAH bersama perbuatan serta amal mereka. (Al Quran)

Mereka yang dambakan syafaat dan ziamah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam di dunia jua akhirat, perlulah membawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam pada setiap keadaan dan ketika. (Sunnah)

Paling utama, ilmu perubatan antara ilmu yang perlu dituntut, dan ianya tidak boleh dipandang ringan.

(Coretan insan dhoif lagi lemah Al Faqir IlALLAH Wan Asrul Al Aydrus)

Minyak Saraf Ringkas


Akhir-akhir ini ramai yang mengadu mempunyai masalah saraf dan sakit-sakit badan, ada yang disebabkan letih dan ada juga disebabkan angin (gas) yang tidak terkawal di dalam tubuh, malahan ada yang disebabkan faktor gangguan.

Sang faqir mengambil sedikit masa untuk berkongsi ramuan minyak saraf ringkas, yang mudah dihasilkan dan memberansangkan kesannya, insyaALLAH.

Bahanannya :

1) Minyak zaitun / Minyak Kelapa (dara) 300ml
2) Halia 3-5 inci
3) Serai Wangi 3-5 batang
4) Lada Hitam 5-7 biji
5) Lada Putih 5-7 biji

Adapun ramuan minyak di atas tidak sesuai digunakan sebagai urutan kerana kandungan bahan-bahannya mengandungi unsur hyper/ekses/kuat sinerginya, bimbang akan memudaratkan permukaan epidermis (kulit atas) dan dermis(kulit bawah).

Cukup disapukan pada tempat sakit terutamanya dibahagian sendi besar, kemudiannya ditutup dengan kain kapas.

Nisbah sukatan bahan adalah berdasarkan sukatan minyak sebanyak 300ml

Kaedah ramuan :

1) Serai wangi dan halia ditumbuk pecah (bukan hancur)

2) Lada hitam dan lada putih ditumbuk hancur

3) Kesemua bahan dicampur terus ke dalam minyak.

4) Bahanan digaul sehingga kesemuanya sebati, kemudia ditutup, sebaiknya disimpan di dalam bekas kedap udara.

5) Disimpan (peram) selama 3jam sekurang-kurangnya, sebaik-baiknya 1 malam, sebelum digunakan.

Adalah lebih baik sebagai Muslim, kita bacakan ayat suci Al Quran pada minyak tadi beserta DOA :

1) Istighfar 21x
2) Al Faatihah 1x
3) Ayatul Kursi 1x
4) Ayat Seribu Dinar 3x
5) 3 Qul 1x
6) Selawat 11x

Cara penggunaan :

Untuk Bengkak atau Seliuh
-Disapukan pada tempat yang bermasalah atau sakit kemudian ditutup atau balut dengan kain kapas.

Untuk Sakit Tubuh/Angin
- Disapukan pada setiap sendi besar (leher, bahu, siku, pergelangan tangan, belikat, perut,pangkal paha, lutut dan pergelangan kaki)

Untuk Bayi
- Sebaiknya ramuan-ramuan tersebut tidak dicampurkan dengan serai wangi. Disapu pada perut, belikat, betis dan tapak kaki.

Untuk masalah Gangguan
- Campur dengan hirisan teras kemuning hitam atau hirisan teras gemunggal, sebanyak 7hiris ke dalam ramuan. Disapukan pada belikat, belakang leher, dada dan perut, seterusnya ke tempat yang bermasalah, kaedah ini khusus untuk mereka yang diuji dengan sihir berunsur racun contohnya santau atau busung.

Selanjutnya kepada sesiapa yang inginkan perkongsian untuk kaedah-kaedah lain boleh menyertai Kuliah Perbidanan Islam, jika tiada aral pada awal Disember 2013, insyaALLAH.

BiAunILLAH, Tohour. Credit to Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus & TIAF

Makanan Sunnah - AmalkanLah..

1. Delima
Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99

2. Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

3. Kurma
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

4. Habbatus Sauda’
Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim


5. Za’Faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

6.Madu
Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

7. Zaitun
Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20

8. Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”…

Petua Untuk Merawat Sihir Pemisah Rumahtangga

Tanda-tandanya:

a. Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk,sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.

b. Sering bermimpi melihat binatang atau berada di tempat tinggi.

c. Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar ke atas.

d. Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat.

e. Sering bertengkar pada waktu petang dan malam kerana hal yang kecil/remeh-temeh.

f. Sakit di bahagian ari-ari.

g. Sikap berubah dengan mendadak.

h. Panas baran.

Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam rumahtangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom tersebut,maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga di mana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai.

PETUA:

1. Sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.

2. Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan:

al fatihah 1 kali,

al Baqarah 102 3kali,

al A`raf 117-122 3kali,

yunus 81-82 3kali,

thaha 69 3kali

3 qul 1kali.

3. Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.

Sesungguhnya Rezeki Itu Datang Dari Allah

Kisah Iman SEMUT

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan..

Wednesday, 2 October 2013

Tarikh Afdal & Sesuai Digalakkan Berbekam..

Berkenaan dengan waktu, maka ada waktu-waktu yang mustajab sebagaimanapun 

ALLAH menetapkan waktu-waktu yang paling baik dalam beribadah dan berdoa 

kepadaNYA : 

1.Waktu hendak berbuka puasa 

2. Waktu 1/3 malam 

3. Waktu Azan dan iqamat 

4. Waktu saat Sujud dalam Solat 

5. Waktu saat Wukuf di arafah 

Begitu juga dengan berbekam Rasulullah SAW sangat menganjurkan pada hari – hari 

dan tarikh tertentu yang terbaik untuk berbekam sebagaimana sabda Baginda S.A.W : 

Dari Ibnu Abbas r a. Rasulullah SAW : 

“Sebaik-baik kalian melakukan bekam adalah pada hari ke 17, 19 dan 21.”(HR.Tirmidzi) 

Dari Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda : 

“Bahwasannya Rasulullah SAW melakukan bekam di akhda’ain dan di kahilnya pada hari ke 17, 19, dan 21.” 

(H.R. Ahmad, Tirmidzi) 

Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda : 

 “Barangsiapa melakukan bekam pada hari ke 17, 19, atau 21 maka akan menyembuhkan berbagai penyakit.” . 

Dalam kitab Qonun fith Thibb, bahawa waktu untuk melakukan bekam itu jam dua atau jam tiga siang dan dilakukan setelah mandi. 

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: 13 

“ Nabi Muhammad SAW berbekam, sedangkan pada saat itu Baginda berpuasa ( H.R. Bukhari (1939). 

“ Nabi Muhammad SAW berbekam sedangkan pada saat itu Baginda berihram. (H.R. Bukhari (1835) 

Ibnu Sina dalam kitab beliau menyebutkan tentang waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari (Pukul 14 atau 15) karena pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah-darah toksid sedang dikeluarkan. 

Jadi mengikuti prinsip yang sama kita boleh menghangatkan pesakit selama 1 jam,istirehat selama 15 minit dan mulai dibekam. 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda : 

“Barang siapa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijriyah maka itu adalah hari, hari yang menyembuhkan penyakit.”

Dari Ibnu 'Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 

"Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal menjadi lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama ALLAH. Hindarilah berbekam pada hari Jum'at dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, kerana Rabu merupakan hari dimana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu." (Sohih Sunan Ibnu Majah, (II/261)). 

Tuesday, 1 October 2013

Buta Tidak Bermakna Hatinya Turut Buta..


Alhamdulillah, Terbuka hati ini berkongsi video seorang kanak-kanak yang hebat sehingga boleh menitiskan air mata semua orang. Anak Hebat ini begitu memberi inpirasi yang hebat pada saya untuk membaca Al-Quran secara istiqamah dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran. Terasa Diri ini terlalu kerdil banding dengan Anak Hebat ini yang buta pandangan tapi mata hatinya terbuka luas..

Berusaha membaca & memahami ayat-ayat suci Al-Quran secara istiqamah.In Sha Allah..Semoga bermanfaat untuk semua.