Tarikh Afdal & Sesuai Digalakkan Berbekam..
Berkenaan dengan waktu, maka ada waktu-waktu yang mustajab sebagaimanapun
ALLAH menetapkan waktu-waktu yang paling baik dalam beribadah dan berdoa
kepadaNYA :
1.Waktu hendak berbuka puasa
2. Waktu 1/3 malam
3. Waktu Azan dan iqamat
4. Waktu saat Sujud dalam Solat
5. Waktu saat Wukuf di arafah
Begitu juga dengan berbekam Rasulullah SAW sangat menganjurkan pada hari – hari
dan tarikh tertentu yang terbaik untuk berbekam sebagaimana sabda Baginda S.A.W :
Dari Ibnu Abbas r a. Rasulullah SAW :
“Sebaik-baik kalian melakukan bekam adalah pada hari ke 17, 19 dan 21.”(HR.Tirmidzi)
Dari Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda :
“Bahwasannya Rasulullah SAW melakukan bekam di akhda’ain dan di kahilnya pada hari ke 17, 19, dan 21.”
(H.R. Ahmad, Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda :
“Barangsiapa melakukan bekam pada hari ke 17, 19, atau 21 maka akan menyembuhkan berbagai penyakit.” .
Dalam kitab Qonun fith Thibb, bahawa waktu untuk melakukan bekam itu jam dua atau jam tiga siang dan dilakukan setelah mandi.
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: 13
“ Nabi Muhammad SAW berbekam, sedangkan pada saat itu Baginda berpuasa ( H.R. Bukhari (1939).
“ Nabi Muhammad SAW berbekam sedangkan pada saat itu Baginda berihram. (H.R. Bukhari (1835)
Ibnu Sina dalam kitab beliau menyebutkan tentang waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari (Pukul 14 atau 15) karena pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah-darah toksid sedang dikeluarkan.
Jadi mengikuti prinsip yang sama kita boleh menghangatkan pesakit selama 1 jam,istirehat selama 15 minit dan mulai dibekam.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda :
“Barang siapa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijriyah maka itu adalah hari, hari yang menyembuhkan penyakit.”
Dari Ibnu 'Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal menjadi lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama ALLAH. Hindarilah berbekam pada hari Jum'at dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, kerana Rabu merupakan hari dimana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu." (Sohih Sunan Ibnu Majah, (II/261)).
No comments:
Post a Comment